Kelas Kemahiran Kendiri – Radio Rosak

23 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2024, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Kemahiran Kendiri – Radio Rosak yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 10 orang ahli PEDi.

AKtiviti ini melibatkan 10 orang pelajar sekolah rendah. Mereka dibahagikan kepada dua Kumpulan iaitu 5 orang setiap Kumpulan. Mereka duduk mengikut Kumpulan secara memanjang. Pelajar dihadapan akan diberi sepotong ayat untuk diingati menakala pelajar paling belakang diberi satu kertas dan pen untuk menulis ayat yang telah disampaikan oleh rakan – rakan dihadapan. Setiap pelajar diberi 2 minit untuk mengingati ayat tersebut sebelum disampaikan kepda rakan Seterus nya dan ayat paling akhir akan dibaca dan disbandingkan dengan ayat yang dihadapan tadi.

Aktiviti dijalankan adalah bertujuan untuk memupouk semangat Kerjasama antara pelajar. Selain itu, mereka turut diminta untuk membaca dan mengingat dan menulis. Secara tidak langsung mereka dapat meningkatkan ketiga tiga Kemahiran tersebut selain memupuk semangat Kerjasama.

Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk anak muda untuk belajar dan dapat menerapkan nilai semangat Kerjasama. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali